Salam sejahtera,
Quotes yang menarik untuk dikongsikan pada hari adalah mengenai sahabat, so apa itu persahabatan?
"Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, I'm here for you, and prove it"
So i would like to talk about my university friends, yang sangat banyak tolong saya dalam segala perkara dan dalam waktu susah senang sepanjang belajar di Universiti.
Yang sebelah kiri tu Ng Liaw Qiang and yang kat tengah tu nama dia Zul Khidir, sebelah kanan is me, hahaha. So start from Ng, dia berasal dari Sri Aman, Sarawak, birthday 29 October 1995. Masa semester 1 dulu masih segan nak tegur sebab muka garang sangat, start bergaul pun semester 2, selalu terserempak dekat gym so situ lah kami mula tanya benda-benda yang random. Ng ni sangat fluent Bahasa Melayu dia, sangat rajin, disiplin, pukul 9 dah kena tidur and bangun pukul 6 pagi untuk study, study and study. Dia ni kaki penghafal, almost 90% slide tu dia ingat, and kalau boleh colour slide pun dia hafal, hahaha. Saya tau dia ni rajin sebab selalu cerita yang masa cuti dia bantu parent dia mostly during semester break. Dia ni belia benci perokok, hahaha. Kalau ada budak kat blok kolej tu merokok depan dia, konfem menyumpah-seranah tapi bukan la depan si perokok tu.
So lelaki macho kat tengah tu, nama panggilan dia Zul, berasal dari Johor Darul Ta'zim, tinggi 176cm, dan self-claimed Italy descendent. Hahaha. Zul ni saya start bergaul pun masa semester 2 masa tu lecturer masukkan dia dalam group PRT, Pertanian & Manusia kalau tak silap. So situ lah start persahabatan kami, selalu ajak dia tidur kat bilik masa sem 2 utk siapkan assigment, selalu minta pendapat dia pasal assignment sebab saya ni selalu tak yakin dengan benda kerja yang saya buat. Tak lupa juga masa sem 3 tu, for the first time in my life, accident masa on the way balik dari Borneo Kite Festival 2014, nasib baik just luka-luka biasa ja, tapi terpelanting tu tak payah cerita la, haha. Pendek kata, Zul ni sangat caring, dia la yang selalu tolong top up kan ubat-ubatan untuk pastikan hamba masih bernafas ni muka bumi ini, hehe. Banyak benda yang dia buat kat saya n hanya Tuhan yang mampu balas budi seekor Zul Khidir ni. Hahahaha.
Saya pasti setiap orang ada individu yang penting dalam hidup masing-masing, so hargai la sebaiknya dan jangan di lupa hingga akhir hayat.
Sekian, jaga diri, jaga hati



Bro, sy berminat nak beli ayam hutan.. pm bro
ReplyDelete